Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Neelofa Beritahu Kenap4 Dia Mohon Sedikit W4ktu Lagi Kongsi Wajah Anak

Selebriti terkenal, Noor Neelofa mengakui dia akan berkongsi wajah sulung, Mohammad Bilal kepada umum apabila tiba masa sesuai meski ada segelintir netizen yang menjadikan isu ‘ain sebagai bahan gurauan di media sosial.

Menurut Neelofa, 33, dia sebolehnya mahukan yang terbaik buat permata sulung hasil perkongsian hidup dengan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu.

Sebelum ini, bekas hos program MeleTOP itu mengakui berhati-hati dan belum bersedia untuk berkongsi wajah penuh Bilal bagi mengelakkan peny4kit ‘ain (gangguan yang disebabkan pandangan).

“Jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, sebenarnya seolah-olah mereka main-mainkan kewujudan ‘ain lah. Bukan mereka sindir saya sebenarnya.

 

 

“Malah hal itu di dalam hadis sahih pun sudah ada. Saya tidaklah arif sangat mengenai perkara ini, tapi ain mungkin boleh melangkaui takdir.

“Saya buat ini (belum kongsi wajah anak) walau orang kec4mmana mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraan anak. Tunggu bagi dia besar sikit. Bukanlah nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak.

“Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya,” katanya.

Meski ada yang mengencam, pendirian tersebut bagaimanapun turut mendapat reaksi baik ramai pihak, termasuk rakan selebriti.

“Macam Elly Mazlein sendiri pernah berkongsi. Dia melihat anaknya lebih ceria dan gembira bila ketika di sekolah, orang tidak kenal dia anak siapa.

“Jadi ia untuk kesihatan ment4l kanak-kanak. Mungkin kalau pergi mana-mana, kena kerumun atau ambil gambar nanti. Kasihan pada mereka juga,” katanya lagi ketika ditemui di majlis Disney X Naelofar Alice In Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya, pada Khamis.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah, PU Riz pada 27 Mac 2021 dan anak pertama mereka Muhammad Bilal dilahirkan pada 29 Januari lalu.

 

Sumber : MH